Cari:
Menteri Luar Maklumkan Cadangan China bagi Mempergiat Kerjasama dengan ASEAN
2009-04-12 18:13:46 CRI Cetak

Menteri Luar China, Yang Jiechi bertemu dengan diplomat negara-negara ASEAN di Beijing hari ini, memaklumkan rancangan dan cadangan kerajaan China untuk mempergiat kerjasama secara menyeluruh dengan ASEAN.

Antara rancangan dan cadangan itu termasuk, menandatangani "Perjanjian Pelaburan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN"; menubuhkan "Tabung Kerjasama Pelaburan China-ASEAN" dengan peruntukan dana sebanyak 10 bilion dolar Amerika; mempergiat usaha pembinaan infrastruktur yang menghubungkan kedua-dua pihak; memberikan pinjaman kredit sebanyak 15 bilion dolar Amerika kepada negara-negara ASEAN dalam tempoh 3 hingga 5 tahun akan datang; memberikan bantuan kewangan yang berjumlah 270 juta dolar Amerika kepada negara ASEAN yang kurang maju, iaitu Kemboja, Laos dan Myanmar pada tahun ini.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China