Cari:
Negara Pengerusi Bergilir ASEAN Tidak Perlu Digantikan
2009-04-12 15:24:41 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan kepada pihak media Malaysia sebelum pulang dari Pattaya, Thailand petang tadi bahawa meskipun Thailand telah menunda siri persidangan kemuncak antara ASEAN dengan rakan dialognya, namun tidak perlu menggantikan Negara Pengerusi Bergilir ASEAN, Thailand. Pelbagai negara perlu memberikan peluang kepada negara itu supaya ia dapat menetapkan sama ada mengadakan semula persidangan tersebut atau tidak.

Beliau berkata, penangguhan persidangan kemuncak kali ini tidak akan mempengaruhi semangat ASEAN kerana semangat itu tetap kukuh. ASEAN akan terus menuju ke arah membentuk Komuniti ASEAN pada tahun 2015.

Dimaklumkan, Indonesia dan Singapura juga berharap persidangan tersebut dapat diadakan semula secepat mungkin.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China