Cari:
Thailand akan Tangkap Pemimpin Tunjuk Perasaan
2009-04-12 15:35:45 CRI Cetak

Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva menyatakan hari ini, kerajaan akan mengambil tindakan perundangan terhadap penunjuk perasaan yang menjejaskan siri persidangan ASEAN di Pattaya dalam beberapa hari ini.

Beliau menyampaikan ucapan menerusi TV pagi tadi bahawa kerajaan telah mendapat waran tangkap dan akan menangkap seorang pemimpin Perikatan Demokratik Antidiktator (DAAD) yang membawa pengikutnya menyerbuk masuk lokasi persidangan semalam.

Abhisit berkata, kerajaan akan memulihkan situasi dalam negeri dalam 3 atau 4 hari kemudian. Beliau juga menuntut rakyat Thailand supaya menyokong tindakan kerajaan dan memberi amaran kepada pemimpin DAAD supaya jangan menghasut rakyat melakukan kegiatan yang melanggar undang-undang.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China