Cari:
Bangkok Memasuki Keadaan Darurat
2009-04-12 18:16:38 CRI Cetak

Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva hari ini mengumumkan perintah darurat di Bangkok serta kawasan di sekitarnya. Beliau juga menugaskan Naib Perdana Menteri, Suthep Thaugsuban bertanggungjawab terhadap urusan keselamatan negara.

Pihak polis negara itu mengesahkan bahawa pemimpin Perikatan Demokratik Antidiktator (DAAD), Arismun Pongruengrong telah ditangkap hari ini dan disoal siasat di balai polis. Pihak polis akan terus mencari bukti untuk mengambil tindakan perundangan terhadap penunjuk perasaan yang menghalangi siri persidangan kemuncak ASEAN.

Hari ini, penunjuk perasaan DAAD terus berhimpun di depan Jabatan Perdana Menteri dan menyatakan, sekiranya kerajaan tidak membebaskan Arismun hari ini, DAAD akan mengambil tindakan lanjutan. Menurut laporan stesen TV Thailand, penunjuk perasaan pernah menyerbu masuk bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan berkonflik dengan pihak polis. Beberapa orang cedera dalam konflik itu.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China