Cari:
Penunjuk Perasaan Antikerajaan Bertempur dengan Tentera Thai
2009-04-13 09:40:05 CRI Cetak

Kira-kira 300 orang penunjuk perasaan antikerajaan bertempur dengan 200 orang tentera di Bangkok awal pagi tadi mengakibatkan sekurang-kurangnya 20 orang cedera.

Inilah pertempuran pertama antara penunjuk perasaan "berbaju merah" dengan polis tentera sejak perintah darurat diisytiharkan di Bangkok dan kawasan sekitarnya.

Bangunan Mahkamah Tertinggi Thai dilaporkan rosak ekoran letupan bom, namun tiada kematian. Polis menemui 2 butir bom yang belum meletup di kawasan mahkamah itu.

Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva berucap menerusi TV malam tadi berharap rakyat dapat menyokong kerajaan dalam melaksanakan perintah darurat itu dan menstabilkan situasi dalam negeri. Beliau juga berkata, Mahkamah Pattaya telah mengeluarkan waran tangkap terhadap 5 orang penunjuk perasaan DAAD yang menyerbu masuk lokasi persidangan pemimpin Asia Timur di Pattaya, termasuk ketua kumpulan itu, Arismun Pongruengrong.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China