Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva hari ini mengeluarkan arahan menubuhkan markas pelaksanaan perintah darurat untuk mengawal situasi yang semakin meruncing di Bangkok.
Menurut arahan tersebut, anggota markas itu terdiri daripada Menteri Pertahanan Negara, pegawai tentera dan polis serta pegawai kanan jabatan kerajaan yang berkaitan.
Sementara itu, pemberita yang membuat liputan tentang aktiviti tunjuk perasaan di sekitar pejabat Perdana Menteri Thailand semuanya telah berundur dari lokasi perhimpunan.