Cari:
Keselamatan Warga Asing di Thailand Terjamin
2009-04-13 15:33:00 CRI Cetak

Keselamatan Warga Asing di Thailand Terjamin. Jurucakap Jabatan Perdana Menteri Thailand, Panithan Wattanayakorn berkata demikian ketika diwawancara oleh media asing tengah hari tadi.

Beliau berkata, polis tentera telah dihantar ke lapangan terbang untuk menjamin keselamatan di kawasan tersebut. Keadaan di kebanyakan tempat di Bangkok seperti biasa dan keselamatan penduduk dan warga asing di ibukota Thailand itu terjamin. Menurut beliau, kerajaan Thailand sedang berusaha supaya keadaan masyarakat kembali pulih dengan secepat mungkin.

Pagi tadi, pertempuran meletus antara penunjuk perasaan dengan tentera Thailand, mengakibatkan 77 orang cedera. Stesyen Kereta Api Awam di Bangkok telah menghentikan operasinya sementara, kedai-kedai di pusat bandar menutup perniagaan ekoran keadaan yang tidak menentu itu.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China