Cari:
Kerajaan Thailand Ambil Tindakan Mencegah Situasi Bertambah Buruk
2009-04-13 18:48:32 CRI Cetak

Kerajaan Thailand akan bertindak segera dalam tempoh beberapa jam selepas penubuhan markas pelaksanaan perintah darurat untuk memelihara keselamatan kemudahan awam terutama pelabuhan dan lapangan terbang. Demikian dinyatakan oleh Jurucakap Jabatan Perdana Menteri Thailand, Panithan Wattanayakorn.

Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva petang tadi mengeluarkan arahan menubuhkan markas pelaksanaan perintah darurat untuk mengawal situasi yang semakin meruncing di Bangkok.

Pada hari yang sama, Speaker Senat, Prasopsuk Boondej berkata pihaknya akan mengadakan mesyuarat tergempar esok untuk membincangkan situasi politik sekarang.

Komander Tentera Thailand yang juga ketua markas pelaksanaan perintah darurat, Songkitti Chakkrabat menyampaikan ucapan menerusi TV petang tadi yang berjanji, polis tentera tidak akan mengambil tindakan bersenjata terhadap penunjuk perasaan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China