Cari:
Tentera Thai Bertindak Menyurai Penunjuk Perasaan
2009-04-14 10:55:49 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Tentera Thailand melepaskan tembakan amaran ke udara sebelum melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan penunjuk perasaan antikerajaan di beberapa tempat di Bangkok mulai subuh semalam.

Sekurang-kurangnya seorang terkorban dan 74 lagi cedera berikutan beberapa rusuhan yang berlaku di bandar itu semalam.

Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva yang berucap menerusi TV mengulangi kenyataan bahawa kerajaan akan mengambil tegas untuk menstabilkan situasi dalam negeri. Beliau juga berkata, kerajaan akan menyediakan bantuan kepada penunjuk perasaan untuk memudahkan mereka balik ke kampung.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra memberitahu CNN bahawa beliau berharap pihak-pihak yang terlibat supaya jangan menggunakan cara kekerasan untuk menyelesaikan pertempuran itu.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China