Cari:
Situasi di Bangkok Kembali Pulih
2009-04-14 18:46:22 CRI Cetak

Sehingga pukul 12.30 tengah hari tadi, lalu lintas di bandar raya Bangkok kembali pulih selepas sekatan jalan raya dibuka semula.

Menurut pengumuman Kementerian Luar Thai, kerajaan akan terus berusaha untuk menjamin keselamatan warga asing di negara itu serta keselamatan di kawasan lapangan terbang.

Kira-kira 2,000 orang penunjuk perasaan antikerajaan yang mengepung Pejabat Perdana Menteri mulai bersurai selepas pemimpin DAAD mengumumkan tunjuk perasaan dihentikan.

Stesen TV tempatan melaporkan, penunjuk perasaan di tempat-tempat lain juga berundur dari tempat perhimpunan.

Menteri Kewangan, Korn Chatikavanij berkata, kejadian rusuhan akhir-akhir ini mengakibatkan negara itu mengalami kerugian ekonomi yang besar. Pendapatan kerajaan dijangka berkurangan sebanyak 200 bilion bath.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China