Penganjur Ekspo Dunia Shanghai mengumumkan baru-baru ini, usaha pihaknya merekrut hampir 170 ribu orang sukarelawan dari dalam dan luar negara bermula pada 1 Mei ini. Daripada jumlah itu, 70 ribu sukarelawan untuk berkhidmat di taman Ekspo Dunia.
Seorang pegawai yang bertanggungjawab dalam perkhidmatan sukarelawan ekspo itu memaklumkan, pengambilan akan dilaksanakan dari 1 Mei hingga 31 Disember tahun ini, dan permohonan juga boleh dibuat secara dalam talian.