Cari:
Pembinaan Semula 90% Jalan Raya yang Musnah dalam Gempa Bumi Sichuan Disiapkan Tahun Ini
2009-04-26 19:12:18 CRI Cetak

Projek-projek pembinaan semula hampir 90% jalan raya yang dimusnah dalam gempa bumi Sichuan tahun lalu akan disiapkan pada penghujung tahun ini.

Naib Pengarah Jabatan Komunikasi Provinsi Sichuan, Encik Xian Xiong memberitahu wartawan CRIbaru-baruini bahawa gempa bumi Wenchuan yang berlaku pada 12 Mei tahun lalu menyebabkan infrastruktur pengangkutan terjejas teruk. Malah, beberapa jalan raya yang menuju ke kawasan yang paling teruk dilanda gempa bumi terputus.

Dimaklumkan, menjelang penghujung tahun ini, provinsi Sichuan akan menyelesaikan lebih 400 projek pembinaan semula jalan raya pasca gempa bumi yang menelan pelaburan lebih 56 bilion yuan RMB. Setakat ini, 4 projek pembinaan semula lebuh raya telah disiapkan.

Dimaklumkan, lebih 470 projek pembinaan semula jalan raya yang pelaburannya berjumlah 85 bilion yuan RMB perlu dilaksanakan di kawasan bencana gempa bumi di Sichuan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China