Cari:
Projek Pembinaan untuk Ekspo Dunia Shanghai Akan Selesai Menjelang Penghujung Tahun Ini
2009-04-27 12:49:21 CRI Cetak
Kesemua projek pembinaan bangunan kekal serta bangunan sementara untuk Ekspo Dunia Shanghai akan selesai menjelang penghujung tahun ini.

Bangunan kekal tersebut termasuk Paksi Ekspo Dunia, Ruang Pameran Tema, Ruang Pameran China, Pusat Ekspo Dunia dan Pusat Persembahan. Kini, struktur utama kelima-lima bangunan tersebut sudah siap. Kerja-kerja dekorasi dan memasang kelengkapan sedang dijalankan secara teratur.

Selain itu, 12 daripada lebih 40 buah ruang pameran yang dirancang dibina oleh pelbagai negara atau pertubuhan antarabangsa, sudah mula dibina, manakala, 19 daripada 40 buah ruang pameran untuk sewaan akan selesai dibina menjelang 1 Mei nanti.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China