Kumpulan pemberita warga asing CRI semalam berlepas ke Dujiangyan Chengdu untuk menyiasat pembangunan pemulihan semula di kawasan tarikan pelancongan selepas berlakunya bencana gempa bumi Sichuan. Mereka melaporkan bahasa sejumlah besar pelancong China dan luar negara telah berkunjung ke destinasi tersebut dengan memegang kad Panda. Kedatangan palancong ke Chengdu telah meningkat sebelum percutian "1 Mei".
Kad Panda Chengdu telah disebarkan secara rasmi di seluruh negara sejak 24 Mac tahun ini, dan dijangka 20 juta keping kad itu diserahkan tahun ini. Kad Panda terhadap dua, kad panda emas dan kad panda perak. Kad Panda emas diberikan kepada kumpulan penduduk di luar provinsi Sichuan untuk melancong ke 11 destinasi di Chengdu dengan percuma. Kad Panda perak pula diberikan kepada penduduk provinsi Sichuan untuk potongan 50% bayaran membeli tiket di pintu destinasi. Pelancong mendapat kad panda dengan percuma selepas membuat permohonan menerusi internet.