China berharap untuk berkongsi konsep pembangunan dan hasil tamadun dengan pelbagai negara. Demikian dikatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan, Wu Bangguo dalam aktiviti sambutan kira detik setahun Ekspo Dunia 2010 Shanghai, China yang diadakan hari ini di Beijing.
Beliau berkata, Ekspo Dunia Shanghai akan menjadi arena bagi rakyat China dan seluruh dunia untuk mencipta bandar yang lebih cantik, kehidupan yang lebih baik dan persahabatan yang lebih erat.
Ketua Pengarah Jawatankuasa Eksekutif Ekspo Dunia Shanghai, Yu Zhengsheng pula menyatakan bahawa persiapan ekspo dunia kini berlangsung dengan lancar. China akan terus menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada pelbagai peserta, media dan penonton ekspo ini nanti.