Pembinaan semula rumah penduduk di kawasan desa yang dilanda bencana gempa di Sichuan pada tahun lepas akan diselesaikan menjelang akhir bulan September. Usaha itu akan diselesaikan di kawasan bandar dan pekan menjelang bulan Mei tahun depan.
Demikian dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha kerajaan provinsi Sichuan, Yu Wei dalam sidang akhbar yang diadakan menjelang ulang tahun pertama gempa bumi "12 Mei" di Sichuan.
Menurut beliau, 90% daripada projek pembinaan semula kemudahan-kemudahan awam di kawasan bencana akan diselesaikan dalam tempoh dua tahun akan datang. Katanya, kerajaan tempatan telah berusaha membantu seramai 1.3 juta orang penduduk di kawasan bencana untuk mendapatkan kerja.