Cari:
Sumbangan Rakyat Terus Mencurah bagi Usaha Pembangunan Pascabencana Sichuan
2009-05-07 16:40:13 CRI Cetak

Sejak berlakunya gempa bumi Wenchuan di Sichuan, China pada 12 Mei tahun lalu, pertubuhan kalangan rakyat dan masyarakat telah memberikan sumbangan yang berterusan kepada usaha pembangunan pascabencana ini. Contohnya, mereka telah mengumpul banyak barang yang didermakan oleh rakyat untuk digunakan dalam pembangunan semula sekolah, rumah, hospital dan badan amal serta berusaha memberikan bantuan kepada mangsa dari segi emosi dan fizikal supaya mereka dapat hidup seperti biasa kembali.

Dalam gegaran yang dahsyat itu, bangunan Sekolah Menengah Tinggi Xiaoquan, Bandar Deyang di Provinsi Sichuan telah musnah semuanya. Kebanyakan bangunan di bahagian Sekolah Menengah Rendahnya juga rosak dengan teruk. Akibatnya, seramai lebih 2,000 pelajar sekolah itu terpaksa belajar di rumah kayu. Selepas projek pembangunan sekolah dimulakan, Tabung Tzu Chi Taiwan telah menderma wang yang diperlukan bagi keseluruhan projek tersebut. Ketua Pengarah Biro Pendidikan Daerah Jingyang Bandar Deyang, Encik Zhou Zhile, menyatakan bahawa bangunan sekolah yang dibina semula itu akan dapat menampung pelajar bagi 30 buah kelas. Mengikut rancangannya, pada bulan Februari tahun 2010, para pelajar akan pindah dan mula belajar di bangunan baru itu. Kata beliau:

"Sekarang kita berada di tapak projek pembinaan bangunan Sekolah Menengah Xiaoquan, termasuk bangunan No.1, No.2, pejabat pentadbiran dan makmal pembelajaran serta asrama dan kantin pelajar. Jumlah wang yang didermakan oleh Tabung Tzu Chi Taiwan dalam projek ini lebih 25.1 juta yuan RMB."

Seperti Sekolah Menengah Xiaoquan, terdapat banyak lagi sekolah, hospital dan kemudahan awam yang dibina dengan derma daripada pertubuhan bukan kerajaan. Menurut angka yang diumumkan oleh Tabung Amal China semalam, setakat ini, pihaknya telah menerima sumbangan wang dan barang yang bernilai hampir 1.1 bilion yuan RMB. Daripada jumlah itu, 80% digunakan bagi projek pembangunan semula, terutamanya pembinaan semula rumah mangsa, sekolah, hospital serta rumah penjagaan warga emas dan anak yatim.

Naib Setiausaha Tabung Amal China, Zhang Xinguo menyatakan bahawa semua sekolah yang dibina semula dengan peruntukan daripada pihaknya telah dimulakan dan dijangka akan siap pada bulan September ini. Kata beliau,

"Pembinaan sekolah, rumah dan infrastruktur memerlukan banyak wang. Selain itu, rawatan lanjut bagi orang kurang upaya dan sokongan emosi terhadap mangsa bencana juga menjadi tugas kami pada masa depan."

Ketua Pejabat Pembangunan Semula Pascabencana Tabung Pembasmian Kemiskinan China, Wang Jun menerangkan bahawa selain membaikan bantuan seumpama itu, pihaknya juga amat perhatin terhadap masalah kekurangan peluang kerja bagi petani tempatan. Sekarang tabung itu telah menjalankan kerja perintis di kampung Minle, Bandar Mianzhu untuk menyediakan dana kepada petani tempatan yang berusaha membina kerjaya. Kata beliau:

"Sebagai sebuah NGO, kami berharap dapat membantu petani membangunkan industri yang berskop besar dan memenuhi standard kerajaan supaya taraf pengeluaran tempatan kembali seperti tarafnya sebelum bencana dahulu. Jadi, kami telah menubuhkan tabung untuk petani dengan mengumpulkan wang yang dirancangkan untuk diagihkan kepada petani pada masa dahulu, iaitu lebih 5,000 yuan RMB sekeluarga."

Selain itu, Tabung Pembasmian Kemiskinan China telah bekerjasama dengan pertubuhan antarabangsa untuk mengimport program rawatan emosi yang berkesan bagi kanak-kanak. Program ini akan membantu pelajar untuk "mengeluarkan" rasa sedihnya melalui penyertaan dalam permainan. Setakat ini, sejumlah lebih 10 ribu pelajar telah mendapat manfaat daripada program ini.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China