Cari:
30 Jun Tarikh Akhir bagi Negara Asing Mulakan Pembinaan Ruang Pameran Sendiri dalam Ekspo Shanghai
2009-05-07 16:21:08 CRI Cetak

Jabatan Penyelarasan Urusan Ekspo Dunia Shanghai memaklumkan wartawan hari ini bahawa 30 Jun ini merupakan tarikh akhir bagi negara asing memulakan pembinaan ruang pameran masing-masing.

Lebih 40 peserta memutuskan untuk mengadakan ruang pameran sendiri. Namun, hingga kini hanya kurang daripada separuh yang sudah memulakan pembinaan mereka. Ini diakibatkan oleh krisis kewangan antarabangsa, dan taraf tumpuan dan peruntukan pelbagai negara yang berkaitan. Pegawai Jawatankuasa Eksekutif Ekspo Dunia Shanghai berkata, pihak penganjur akan meningkatkan interaksi dan perbincangan dengan negara-negara yang masih belum memulakan pembinaan ruang pameran mereka.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China