Pembinaan semula pasca gempa "12 Mei" Sichuan yang berlaku tahun lalu telah mencapai kejayaan yang besar.
Pejabat Penerangan Dewan Negara mengadakan sidang akhbar tentang pembinaan semula pasca gempa Wenchuan hari ini diberitahu mengenai perkara tersebut. Naib Ketua Pengarah Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara, Mu Hong berkata, sehingga penghujung bulan April lalu, peruntukan terhadap kerja pembinaan semula di provinsi Sichuan, Gansu dan Shaanxi telah mencapai lebih 360 bilion yuan RMB yang merupakan 1/3 daripada peruntukan keseluruhan. China akan mempercepat proses pembinaan semula, dan berusaha menyelesaikan 3 tahun menjelang September tahun depan untuk menjamin kehidupan yang selesa kepada penduduk di kawasan bencana.