China akan terus meningkatkan kemampuan mencegah dan mengurangkan bencana alam.
Ini dibuat berdasarkan kertas putih "Tindakan China untuk Mengurangkan Bencana" yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Dewan Negara hari ini. Usaha itu akan dipergiatkan daripada beberapa aspek, iaitu mengelola risiko berlakunya bencana alam, memperkuatkan kemampuan dalam melakukan kerja mencari dan menyelamat serta penggunaan teknologi canggih dalam mengurangkan bencana.
Kertas putih itu juga memaklumkan pencapaian China dalam mengurangkan bencana alam menerusi enam aspek, iaitu keadaan bencana alam, sasaran strategik dan tugas dalam mengurangkan bencana, usaha membina mekanisme dan kemampuan berkenaan serta penglibatan masyarakat dan kerjasama antarabangsa.