Cari:
China Keluarkan Kertas Putih "Tindakan China untuk Mengurangkan Bencana"
2009-05-11 14:40:05 CRI Cetak
Sempena setahun gempa bumi melanda Sichuan dan Hari Mengurangkan Bencana China yang pertama, Jabatan Penerangan Dewan Negara hari ini mengeluarkan kertas putih "Tindakan China untuk mengurangkan Bencana".

Menurut kertas putih ini, China merupakan salah sebuah negara yang dilanda bencana alam paling teruk di dunia. Lebih 70% bandar dan lebih 50% penduduk tinggal di kawasan yang sering dilanda bencana alam seperti bencana cuaca, gempa bumi dan laut. Dalam usaha mengurangkan bencana dan gerakan menyelamat mangsa yang dijalankan sekian lama, China telah menubuhkan mekanisme kerja yang bersesuaian dengan keadaan dan bercirikan China. Kerajaan China akan kekal mengutamakan manusia dan meningkatkan kemampuan dalam tindakan mencegah dan mengatasi bencana alam.

Kertas putih ini mendedahkan bahawa selepas bencana gempa melanda Sichuan, seramai lebih 3 juta sukarelawan dari dalam dan luar negeri menyertai gerakan menyelamat di kawasan bencana, manakala sukarelawan yang terlibat di tempat bukan kawasan bencana mencapai lebih 10 juta orang. Kerajaan China telah menerima sumbangan derma dalam bentuk wang dan barang yang bernilai 76 bilion yuan RMB. Daripada jumlah itu, lebih 4.4 bilion RMB daripada 170 buah negara dan kawasan serta lebih 20 pertubuhan antarabangsa. Kerajaan dan rakyat China amat menghargai sumbangan yang ikhlas mereka.

Kertas putih ini juga memaklumkan, China akan mengambil sikap terbuka untuk menyertai kerjasama antarabangsa dalam bidang mengurangkan bencana.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China