Cari:
China Berusaha Mencapai Matlamat Pembangunan Semula di kawasan Bencana Sichuan Setahun Lebih Awal
2009-05-12 18:17:33 CRI Cetak

Hari ini genap setahun gempa bumi di Wenchuan China. Kerajaan China telah mengadakan majlis untuk memperingati tragedi tersebut di Yingxiu, iaitu kawasan pusat gegaran gempa bumi itu. Presiden China, Hu Jintao telah menghadiri majlis tersebut dan menyampaikan ucapan. Menurut beliau, China akan berusaha menyelesaikan misi pembangunan semula di kawasan bencana dalam masa dua tahun untuk yang sepatutnya dicapai dalam masa tiga tahun menurut jadual asalnya.

Pada pukul 2.20 petang tadi, pemain trompet telah meniupkan muzik di depan runtuhan Sekolah Menengah Xuankou Pekan Yingxiu. Gempa bumi yang berlaku tahun lalu telah meranapkan dan meratakan pekan tersebut. Hanya 3000 daripada 10,000 orang penduduk pekan itu terselamat. Hari ini, dengan irama trompet yang menyedihkan, pemimpin China termasuk Presiden Hu Jintao dan Naib Perdana Menteri, Li Keqiang menyertai majlis di sini untuk mengenang mangsa yang terkorban, bersama-sama dengan rakyat di kawasan bencana itu.

Selepas majlis tersebut dimulakan, seramai 20 orang anggota Tentera Pembebasan Rakyat China meletakkan 10 jambangan bunga bagi hampir 90,000 orang mangsa yang terkorban atau hilang dalam gempa itu. Pukul 2.28 petang, semua peserta berdiri senyap bertafakur selama satu minit, mengenang dan menghormati mangsa yang terkorban dalam gempa tersebut.


Presiden Hu Jintao

Presiden Hu Jintao dalam ucapannya menyatakan bahawa dalam masa setahun yang lalu, masyarakat China berganding bahu, saudara setanah air di seberang laut bersatu padu, dan sahabat dari kalangan masyarakat antarabangsa telah memberikan bantuan, supaya kerja-kerja menyelamat dan pembangunan semula pascabencana mencapai kemajuan.

"Kita menetapkan rancangan pembangunan semula pascabencana secara saintifik berdasarkan prinsip yang mengutamakan kepentingan rakyat dan mesra alam, dan segera mengeluarkan dasar dan tindakan untuk menyediakan bantuan, supaya pembangunan semula pascabencana mencapai kemajuan besar, dan rakyat di kawasan tersebut meneruskan hidup yang baru."

Berdasarkan statistik, bencana tersebut telah mengakibatkan lebih 69,000 orang terkorban, lebih 17,000 orang hilang, dan kerugian langsung sebanyak 840 bilion yuan RMB. Selepas gempa tersebut berlaku, kerajaan China mengeluarkan matlamat pembangunan semula, iaitu "setiap keluarga mempunyai rumah, dan mendapat kerja, kemudahan yang lebih baik, pembangunan ekonomi diwujudkan, dan alam sekitar ekologi dibaiki". Untuk itu, kerajaan China telah melaksanakan pembangunan semula pascabencana mencakupi kawasan yang paling luas, tugasnya paling berat, dan kesukarannya paling hebat sejak Republik Rakyat China ditubuhkan 60 tahun yang lalu.

Setakat ini, 100% rumah yang rosak dalam gempa tersebut di kawasan desa provinsi Sichuan, Gansu dan Shaanxi sudah diperkukuh. 80% rumah yang runtuh dalam gempa itu sudah siap dibina semula. 75% bangunan sekolah sudah mula dibina semula. Pada masa yang sama, pembangunan semula bagi kemudahan asas, seperti hospital dan pusat kesihatan, landasan kereta api, jalan raya, lapangan terbang, dan kemudahan telekomunikasi serta pemulihan industri, pelancongan dan kebudayaan sudah dimulakan secara menyeluruh. Kini, semakin ramai mangsa sudah pindah ke rumah yang baru. Pengeluaran dan kehidupan di kawasan bencana sedang beransur pulih.

Memandang ke masa depan, Presiden Hu berkata,

"Menlaksanakan pembangunan semula pascabencana dengan baik berkait rapat dengan kepentingan asas rakyat dan pembangunan kawasan bencana dalam jangka panjang. Kerajaan China perlu mempercepat pembangunan, mengatasi kesukaran, dan berusaha mencapai matlamat yang sepatutnya dicapai dalam tiga tahun menurut jadual asal ini, dalam masa dua tahun sahaja. Kepentingan rakyat mesti diutamakan, masalah hidup mereka perlu diselesaikan terlebih dahulu, keperluan hidup asas dan kemudahan perkhidmatan awam paling utama dipulihkan, supaya mangsa bencana dapat pindah ke rumah baru lebih awal."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China