Cari:
Hu Jintao Hargai Sumbangan Masyarakat Antarabangsa kepada Mangsa Gempa Bumi Sichuan
2009-05-12 10:06:07 CRI Cetak

Presiden China, Hu Jintao amat menghargai sumbangan masyarakat antarabangsa kepada China dalam membantu mengatasi bencana gempa dan membangunkan semula kawasan bencana.

Ketika ditemui diplomat kanan dan wakil dari 30 buah negara dan pertubuhan antarabangsa yang akan menghadiri upacara memperingati ulang tahun gempa bumi Wenchuan di Chengdu semalam, Hu Jintao berkata, sumbangan yang diberikan oleh masyarakat antarabangsa tersebut merupakan bantuan yang amat berharaga kepada China. Ia menunjukkan semangat kemanusiaan dan keikhlasan mereka untuk membantu rakyat China.

Menurutnya, sumbangan derma dalam bentuk wang dan barangan telah digunakan dalam pembangunan semula di kawasan bencana. Kerajaan China mengawasi dengan ketat penggunaan sumbngan itu dan memastikan penggunaannya yang berkesan.

Menurut beliau, kerajaan dan rakyat China bersedia meningkatkan kerjasama dengan masyarakat antarabangsa dalam mengatasi pelbagai cabaran sejagat untuk mewujudkan dunia yang damai, makmur dan harmoni.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China