Upacara memperingati ulang tahun gempa bumi Wenchuan diadakan di Yingxiu, kawasan pusat gegaran gempa Sichuan petang tadi. Pemimpin China termasuk Presiden Hu Jintao dan wakil pelbagai kalangan masyarakat telah menghadiri upacara tersebut.
Pukul 2.28 petang, semua peserta berdiri senyap bertafakur mengenangkan mangsa yang terkorban dan penyelamat yang berkorban jiwa dalam usaha mengatasi bencana gempa Sichuan.
Presiden Hu Jintao yang berucap dalam upacara itu kemudian meletakkan jambangan bunga kepada tembok catatan gempa bumi Wenchuan di Sichuan.