Cari:
Hu Jintao Tinjau Kerja-Kerja Pembangunan Semula Pascabencana di Sichuan
2009-05-14 09:59:08 CRI Cetak

Sempena genap setahun berlakunya bencana gempa bumi Wenchuan di Sichuan, Presiden Hu Jintao meninjau kerja-kerja pembangunan semula pascabencana di Sichuan pada 11 dan 12 Mei.

Dalam tempoh tersebut, Hu Jintao melawat mangsa yang cedera dalam bencana tersebut dan para petani tempatan serta meninjau tapak pembinaan semula kaunti Beichuan yang baru. Beliau berharap pegawai dan penduduk Sichuan mempercepatkan usaha membangunkan semula di kawasan bencana dan berusaha memastikan tercapainya pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.

Setakat ini, rumah-rumah yang rosak dalam gegaran di provinsi Sichuan, Gansu dan Shaanxi telah dibaikpulih, manakala 80% daripada rumah yang musnah telah dibina semula.

Selain itu, pembinaan semula hospital, landasan kereta api, lebuh raya dan lapangan terbang berjalan lancar, projek-projek yang melibatkan kemudahan telekomunikasi, industri, pelancongan dan kebudayaan telah dimulakan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China