Cari:
Media Asing Hargai Usaha Pembangunan Semula Pascabencana di Sichuan
2009-05-15 11:32:30 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Sempena genap setahun bencana gempa Wenchuan di Sichuan, akhbar Singapura "Lianhe Zaobao" menyiarkan rencana pengarang yang menyatakan, proses pembangunan semula di kawasan bencana menggambarkan perkembangan pesat masyarakat China yang melibatkan bidang persepakatan pentadbiran kerajaan, tahap keterbukaan sosial serta kesedaran bertanggungjawab warganegara. Perubahan yang menggalakkan itu amat mengagumkan. Selepas berlaku bencana tersebut, perpaduan rakyat China menjadi lebih kukuh dan kesedaran tanggungjawab sosial terus meningkat. Mereka tentu dapat mengatasi kesukaran dengan jayanya.

Akhbar Republik Korea "Chosun Iibo" menyiarkan rencana khas yang menyebut, setahun berlalu, rakyat China berganding bahu membangunkan semula kawasan bencana supaya Sichuan kembali dinamik. Selain itu, atas sokongan dasar rangsangan ekonomi kerajaan pusat, Sichuan telah menjadi penyumbang yang baru bagi pertumbuhan ekonomi di kawasan tengah China.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China