Persatuan Palang Merah China bersama dengan pertubuhan itu di seberang laut menyumbang derma sebanyak 3.98 bilion yuan RMB untuk menjayakan program pembangunan semula pasca gempa bumi di Sichuan, Gansu dan Shaanxi.
Kesemua sumbangan derma ini akan digunakan untuk membina 60 ribu buah rumah, 550 buah sekolah serta 2,500 buah klinik, pusat pemulihan dan rumah kebajikan di kawasan bencana tersebut.