Cari:
Perdana Menteri Malaysia akan Melawat China
2009-05-26 17:51:45 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan rasmi ke China dari 2 hingga 5 Jun atas undangan Perdana Menteri China, Wen Jiabao. Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Ma Chaoxu di Beijing hari ini.

Menurut beliau, lawatan Datuk Seri Najib ke China merupakan lawatan pertama kali selepas menjawat jawatan Perdana Menteri pada bulan April sempena merayakan ulang tahun ke-35 jalinan hubungan diplomatik antara China menyanjung tinggi perkara tersebut. 

Presiden China, Hu Jintao akan mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib. Perdana Menteri, Wen Jiabao akan menghadiri rundingan dengan beliau dalam tempoh lawatan itu. Pemimpin kedua-dua negara akan bertukar-tukar pendapat tentang hubungan antara dua hala, isu antarabangsa dan serantau yang mempunyai kepentingan bersama. Kedua-dua pihak juga akan menandatangani beberapa perjanjian kerjasama.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China