Cari:
Hubungan Malaysia-China akan Terus Berkembang
2009-05-27 09:39:40 CRI Cetak

Lawatan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak ke China akan mendorong perkembangan berterusan hubungan kedua-dua negara. Timbalan Menteri Luar, Datuk Lee Chee Leong berkata demikian ketika ditemui di ibu pejabat akhbar "Nanyang Siang Pau" Malaysia semalam.

Beliau berkata, lawatan Dato' Sri Najib akan meningkatkan keyakinan kedua-dua pihak dalam bidang politik dan hubungan di kalangan rakyat kedua-dua negara serta mendorong hubungan Malaysia-China berkembang ke tahap yang lebih tinggi. Turut serta dalam rombongan itu beberapa usahawan yang ternama bagi mengadakan kerjasama yang lebih erat dengan syarikat-syarikat China. Ini akan mendorong pembangunan ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara serta memberi sumbangan kepada pemulihan ekonomi serantau.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China