China akan meningkatkan kerjasama dengan negara-negara di Asia dan Eropah dalam bidang pencegahan dan penyelamatan bencana. Naib Perdana Menteri China, Hui Liangyu berkata demikian dalam Forum Pembangunan dan Kerjasama Penyelamatan Bencana Asia-Eropah yang diadakan di bandar Chengdu, Sichuan hari ini.
Menurutnya, bencana alam merupakan cabaran bagi seluruh insan dalam jangka panjang. Negara-negera di Asia dan Eropah perlu meningkatkan pertukaran pendapat dan kerjasama dalam pencegahan dan penyelamatan bencana. Negara-negara Asia mempunyai banyak pengalaman dalam usaha menyelamat bencana. Negara-negara Eropah pula mempunyai kecekapan pentadbiran dan teknologi yang maju dalam bidang tersebut. Kedua-dua pihak perlu bekerjasma untuk meningkatkan daya mencegah dan menyelamat bencana alam.