Cari:
Pemimpin China-Malaysia Saling Utus Kawat Tahniah Sempena Ulang Tahun Ke-35 Penjalinan Hubungan Diplomatik Kedua-dua Negara
2009-05-31 13:30:52 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Presiden China, Hu Jintao dan Yang Di-Pertuan Agung Malaysia, Mizan Zainal Abidin hari ini saling mengutus kawat tahniah sempena ulang tahun ke-35 terjalinnya hubungan diplomatik China-Malaysia.

Hu Jintao berkata, dalam tempoh 35 tahun lalu, hubungan China-Malaysia berkembang dengan menyeluruh, kepercayaan politik semakin bertambah, kerjasama dalam pelbagai bidang mencapai hasil yang memuaskan dan kedua-dua pihak mengekalkan kerjasama yang baik dalam urusan antarabangsa dan serantau. Perkembangan hubungan kedua-dua negara ini bukan sahaja memanfaatkan rakyatnya, bahkan merupakan sumbangan bagi mewujudkan kedamaian dan pembangunan di rantau ini. China bersedia bersama-sama dengan Malaysia mendorong kerjasama strategik antara kedua-dua pihak, meningkatkan penyelarasan dalam urusan pelbagai hala, berusaha meningkatkan hubungan kerjasama dan persahabatan antara kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi.

Mizan Zainal Abidin berkata, Malaysia berasa gembira kerana hubungan kedua-dua negara berkembang pesat dalam pelbagai bidang pada 35 tahun lalu. Malaysia yakin hubungan persahabatan Malaysia-China yang kukuh akan terus ditingkatkan dan akan memberikan sumbangan yang besar kepada kemakmuran, keselamatan dan kedamaian di rantau ini bahkan kawasan yang lain.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China