Cari:
Perdana Menteri Malaysia Berazam Mempererat Hubungan Malaysia-China
2009-06-03 12:31:15 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berikrar akan membawa hubungan kedua-kedua negara ke suatu peringkat yang jauh lebih tinggi. Beliau berkata, sebagai anak kepada bekas Perdana Menteri Tun Razak Hussein yang mewujudkan hubungan diplomatik dengan China 35 tahun lalu, beliau berazam untuk bersungguh-sungguh berbuat demikian.

Beliau berkata demikian semasa berucap selepas menerima anugerah ijazah Doktor Kehormat Hubungan Antarabangsa daripada Beijing Foreign Studies University (BFSU) pagi tadi. Katanya, China kini dianggap sebagai negara gergasi dan memainkan peranan penting dalam menangani kemelut ekonomi dunia.

Datuk Sri Najib menggalakkan lebih ramai orang Malaysia, terutamanya orang Melayu belajar bahasa Mandarin dan mengalu-alukan lebih ramai orang China belajar bahasa Melayu.

Turut hadir pada majlis hari ini, isteri Datuk Sri Najib, Datin Sri Rosmah Mansor dan ibu Datuk Sri Najib, Tun Hajah Rahah Tan Sri Haji Mohd Noah, Menteri Luar Malaysia, Datuk Anifah Haji Aman dan isterinya, Timbalan Menteri Pendidikan China yang juga Presiden BFSU, Prof. Hao Ping, Naib Pengerusi Perbadanan Persahabatan China-ASEAN, Puan Gu Liulian serta Duta Besar China ke Malaysia, Encik Liu Jian,

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China