Ini merupakan kali pertama Dato' Sri Najib melawat ke negara luar ASEAN sejak beliau menjawat jawatan Perdana Menteri pada April lalu. Dalam lawatannya kali ini, beliau telah berunding dengan Presiden China, Hu Jintao dan Perdana Menteri, Wen Jiabao. Sebagai hasil rundingan tersebut, Pelan Tindakan Bersama Kerjasama Strategik China-Malaysia dan beberapa perjanjian kerjasama dua hala yang lain telah ditandatangani.
Selain itu, Dato' Sri Najib telah menghadiri majlis jamuan sambutan ulang tahun ke-35 terjalinnya hubungan diplomatik China-Malaysia dan Forum Perniagaan China-Malaysia. Selain Beijing, beliau juga telah mengunjungi Qinhuangdao di Provinsi Hebei.