Jamuan Sambutan Ulang Tahun Ke-35 Terjalinnya Hubungan Diplomatik China-Malaysia telah diadakan di Beijing semalam. Naib Perdana Menteri China, Li Keqiang dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri jamuan itu dan menyampaikan ucapan. Li Keqiang berkata, dalam tempoh 35 tahun lalu, kedua-dua negara telah memperdalam rasa saling mempercayai, mencapai kejayaan besar dalam pelbagai bidang, dan memelihara kerjasama yang baik dalam masalah antarabangsa dan serantau yang penting. Dalam situasi yang baru, hubungan China-Malaysia sedang menghadapi peluang pembangunan yang baru dan kerjasama yang lebih meluas.
Dalam ucapannya, Najib mengenang kembali ayahandanya, bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak, yang melawat China bagi mewujudkan terjalinnya hubungan diplomatik antara kedua-dua negara pada tahun 1974. Katanya, sebagai rakan kerjasama, Malaysia dan China perlu berusaha mendorong pembangunan hubungan ke tahap yang lebih jauh tinggi pada masa depan.