Cari:
Temu Ramah dengan Duta Besar China ke Malaysia, Encik Liu Jian sempena Ulang Tahun ke-35 Terjalinnya Hubungan Diplomatik China-Malaysia
2009-06-09 16:25:59 CRI Cetak

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-35 terjalinnya hubungan diplomatik China-Malaysia. Baru-baru ini, wartawan kami telah menemuramah Duta Besar China ke Malaysia, Liu Jian mengenai keadaan perkembangan hubungan kedua-dua negara sekarang.

Ketika membicarakan ciri-ciri perkembangan hubungan China-Malaysia pada abad yang baru, Encik Liu Jian menyatakan, "Hubungan diplomatik China-Malaysia terjalin pada 35 tahun yang lalu. Hubungan persahabatan yang baik antara China dengan Malaysia yang terjalin berdasarkan Lima Prinsip Hidup Bersama secara Damai itu terus berkembang. Pada hari ini, hubungan tersebut berada dalam masa yang paling baik dalam sejarah."

Pada abad yang baru, perkembangan hubungan tersebut memperlihatkan empat ciri.

Pertama, pertukaran lawatan pemimpin dan kerjasama politik dan kerajaan kedua-dua negara menjadi semakin erat. Persefahaman dan saling mempercayai juga semakin meningkat.

Kedua, kerjasama ekonomi terus meningkat. Perdagangan dua hala meningkat dengan pesat, dengan mencatat 53.5 bilion dolar Amerika, dua tahun lebih awal bagi mencapai matlamat 50 bilion dolar Amerika yang ditetapkan oleh pemimpin kedua-dua negara.

Ketiga, pertukaran lawatan di kalangan rakyat kedua-dua negara amat aktif. Lebih 1 juta orang berulang alik antara kedua-dua negara pada setiap tahun. Jumlah garis pelayaran dan penerbangan terus meningkat. Pelajar China di Malaysia kini melebihi 10,000 orang, manakala pelajar Malaysia di China pula melebihi 1,000 orang.

Dan keempat, penyelarasan dan kerjasama dalam hal ehwal antarabangsa dan serantau terus meningkat.

Keadaan hubungan China-Malaysia sekarang dicapai dengan usaha keras pemimpin negara dan rakyat kedua-dua negara. Hasil yang dicapai itu perlu dihargai dan dikembangkan.

Hubungan China-Malaysia sedang melalui masa perkembangan yang baru. Rakyat China bersedia bersama mewarisi persahabatan yang trasional dengan rakyat Malaysia, dengan lebih aktif mendorong pertukaran lawatan dan kerjasama persahabatan dalam pelbagai bidang, membuka masa depan baru yang lebih cemerlang.

Ketika menyentuh bidang kerjasama yang perlu ditingkatkan untuk menangani krisis kewangan antarabangsa, Encik Liu Jian menyatakan, "Krisis kewangan global merupakan cabaran yang serius bagi China mahupun Malaysia. Bagi menangani krisis tersebut, menjamin pertumbuhan ekonomi, hidup rakyat dan kestabilan merupakan tugas bersama yang dihadapi oleh kedua-dua pihak. Kerajaan kedua-dua negara mengambil beberapa langkah untuk memantapkan pasaran, meningkatkan keperluan domestik, dan merangsang ekonomi untuk mencapai kemajuan. Bank pusat kedua-dua negara pula meningkatkan penyelarasan dasar ekonomi makro, dan menandatangani perjanjian petukaran mata wang dua hala yang berjumlah 40 bilion Ringgit baru-baru ini. Dalam beberapa forum antarabangsa dan serantau, China telah mengadakan pertukaran pendapat dan penyelarasan yang baik dengan negara-negara ASEAN, termasuk Malaysia untuk meningkatkan kerjasama kewangan serantau, di samping bersama-sama menangani kesan krisis."

Urusan dalam negeri perlu ditangani dengan baik untuk menangani krisis kewangan secara berkesan. China sedang memastikan perkembangan ekonomi yang berterusan dengan meningkatkan keperluan domestik. Jika kestabilan ekonomi diwujudkan, jumlah import akan berkekalan malah dipertingkatkan. Ini akan membantu negara-negara yang dilanda krisis, termasuk Malaysia.

Dengan situasi ini, China dan Malaysia perlu berusaha mengekalkan perkembangan perdagangan dua hala, memperluas bidang perdagangan yang baru di samping meningkatkan perdagangan tradisional, membincangkan kerjasama untuk meningkatkan pelaburan, penerokaan tenaga, dan pembinaan infrastruktur. Kedua-dua negara akan terus meningkatkan potensi kerjasama yang saling menguntungkan, seperti kerjasama dalam bidang pertanian, teknologi, pelancongan, telekomunikasi, perubatan, perlindungan alam sekitar dan tenaga manusia; meningkatkan penyelarasan dan kerjasama dalam bidang kewangan serta membincangkan kaedah untuk mengelakkan dan mengawal risiko ekonomi. Dari segi kerjasama serantau, China dan Malaysia perlu berusaha bersama-sama untuk memastikan kestabilan ekonomi dan kewangan serantau serta menggalakkan kerjasama kewangan serantau dan perkembangan perdagangan.

Persahabatan rakyat kedua-dua negara sedia erat sejak sekian lama. Ketika menyentuh perasaan semasa berhubung dengan rakyat Malaysia, Encik Liu Jian memaklumkan, "Rakyat China dan Malaysia yang hidup rukun damai selama ratusan tahun telah menjalin hubungan persahabatan yang akrab. China dan Malaysia merupakan negara yang mempunyai banyak etnik dan memupuk pelbagai jenis kebudayaan. Perkembangan hubungan kedua-dua negara mempunyai asas yang kukuh."

Semangat pelbagai kalangan masyarakat di Malaysia untuk mengenal China amat kental. Seiring dengan pembangunan China yang pesat dan perkembangan hubungan kedua-dua negara yang erat, semakin ramai rakyat Malsyaia yang mahu melawat China untuk mengenal lebih rapat rakyat dan budaya China. Antara mereka yang beliau hubungi, daripada pemimpin negara, pegawai kerajaan, pemimpin politik, mahupun kalangan industri, perdagangan, ahli akademik, pelajar dan orang perseorangan, semuanya berminat mengenal China. Mereka, baik orang Melayu Cina, dan India atau pun kaum etnik minoriti yang lain. Semakin ramai orang Malaysia bukan keturunan China yang mula belajar bahasa Mandarin.

Rakyat Malaysia bukan sekadar menyokong, tetapi juga mendorong ke arah perkembangan hubungan China-Malaysia. Pelbagai kalangan masyarakat Malaysia yang beliau hubungi, kebanyakan mereka berkaitan dengan China. Selain yang berurus niaga di China, ramai yang berkunjung dan belajar di China, di samping yang bertugas mengenai urusan China di Malaysia. Mereka mengharapkan perkembangan hubungan yang terus subur kedua-dua negara. Ketika bertemu dengan Duta Besar Liu Jian, pegawai kanan kerajaan dan kalangan perniagaan Malaysia, aktif membincangkan rancangan untuk meningkatkan kerjasama dengan China. Persahabatan dan kerjasama yang saling menguntungkan kedua-dua negara sudah meresap ke dalam jiwa mereka.

Kerjasama dan persahabatan China-Malaysia mempunyai asas masyarakat yang kukuh. Matlamat dan dasar kerjasama dan persahabatan kedua-duanya hasil usaha pemimpin dan kerajaan diiktiraf dan disokong oleh pelbagai kalangan masyarakat Malaysia. Selepas pemimpin negara membentuk rangka hubungan persahabatan dan mencipta suasana baik, pelaksanaan memerlukan penyertaan pelbagai kalangan. Disebabkan kerjasama itu bersesuaian dengan keperluan dan kepentingan kedua-dua pihak, maka pelbagai kalangan dengan aktif menyertainya di bawah peraturan dasar negara.

Ketika dibangkitkan mengenai kesan peralihan kuasa Perdana Menteri Malaysia terhadap perkembangan hubungan China-Malaysia, Liu Jian berkata, China percaya Malaysia berupaya menangani cabaran krisis kewangan antarabangsa, serta dapat mengekalkan kemakmuran ekonomi dan keharmonian masyarakat. Malaysia akan mencapai kemajuan baru dalam pembangunan negara di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Hubungan China-Malaysia akan terus mengekalkan trend perkembangan yang baik.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China