Lebih 28 ribu rakyat Malaysia telah berkunjung ke bandar Guilin Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China dari bulan Januari hingga April tahun ini. Ia menjadi negara utama pelancoangnya melawat Guilin. Sekalipun dilanda krisis kewangan global dan influenza A (H1N1), tetapi jumlah pelancong Malaysia, terutama pelancong Islam telah bertambah banyak dari semasa kesemasa. Laluan penerbangan penumpang dari Kuala Lumpur ke Guilin dibuat setiap hari daripada 4 kali seminggu oleh Syarikat Penerbangan Air Asia Malaysia sejak bulan Mei tahun ini.
Kerajaan Guilin berusaha membuka pasaran di Malaysia sejak tahun 2003 dan menandatangani perjanjian penerbangan sewa khas dengan syarikat penerbangan di Malaysia Jabatan Pelancongan Guilin juga menumpukan perhatian yang besar terhadap pasaran penganut Islam yang merupakan majoriti daripada warga Malaysia pada tahun 2007. Kumpulan pelancongan Islam pertama melancong ke Guilin pada bulan Oktober tahun 2008.