Menurut pegawai Jabatan Pentadbiran Pelancongan Shanghai yang berada di Beijing untuk menyertai Ekspo Pelancongan Antarabangsa semalam, kad itu menawarkan diskaun yang menarik kepada pelancong asing untuk makan minum, menempah tempat penginapan dan membeli belah di bandaraya itu.
Shanghai juga akan mempromosi pakej pelancongan budaya di luar negara. Sepanjang berlangsungnya Ekspo Dunia itu, para pengunjung bukan sahaja dapat mengunjungi Taman Ekspo Dunia, malah dapat menghayati keindahan bandar raya Shanghai serta keunikan budaya metropolis itu.