Sehingga akhir bulan April lalu, lebih 21,000 projek pembangunan semula pascabencana gempa bumi Wenchuan telah dilaksanakan dan lebih 9,000 projek telah selesai. 36% daripada jumlah peruntukan untuk pembangunan semula itu telah digunakan.
Menteri Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara, Zhang Ping berkata demikian ketika membentang laporan kerja kepada Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China semalam.
Menurutnya, kerajaan akan menyelesaikan pembinaan semula rumah kediaman di desa pada akhir tahun ini dan menjamin lebih 95% pelajar dapat menggunakan bilik darjahyang tetap. Selain itu, semua rumah di bandar dan pekan akan selesai dibina semula pada bulan Mei tahun depan. Hospital dan jalan raya di kawasan tersebut pula akan selesai dibina pada bulan September tahun depan.