Pihak berkuasa China diingat sedaya upaya menjalankan promosi agar matlamat jumlah pelancong yang melawat Ekspo Dunia Shanghai 2010 mencatat 70 juta orang tercapai.
Dalam sidang kerja promosi yang berlangsung di Shanghai hari ini, Ketua Jabatan Pelancongan Negara, Shao Qiwei berkata, walaupun krisis kewangan antarabangsa dan wabak influenza A H1N1 terus merebak dan menyukarkan China mencapai matlamat itu, tetapi matlamat tersebut tidak akan berubah.
Menurut maklumat, Jabatan Pelancongan Negara China mengemukakan matlamat itu kerana jumlah pelancong yang melawat Ekspo Dunia Osaka Jepun 1970 mencatat 64 juta orang yang merupakan jumlah tertinggi dalam sejarah.