Tiket Ekspo Dunia Shanghai 2010 mula dijual hari ini, dan akan berlangsung sehingga 31 Disember tahun ini.
Tiket tersebut yang dijual kepada orang perseorangan ada dua jenis, dengan harga 180 Yuan dan 140 Yuan yang masing-masing untuk hari perayaan seperti percutian Hari Pekerja dan Hari Kebangsaan dan hari biasa. Orang ramai boleh membeli tiket Ekspo Dunia di 3000 pusat penjualan di seluruh negara atau melalui laman web dan talian hangat.