Cari:
Lebih 40 Ribu Tiket Ekspo Dunia Shanghai Dijual
2009-07-02 12:04:53 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Sehingga pukul 5.30 petang semalam, lebih 40 ribu tiket Ekspo Dunia Shanghai dijual melalui empat ejen di China, iaitu Mobil China, Telekom China, Bank Komunikasi dan Pos China.

Biro Penyelaras Ekspo Dunia Shanghai memaklumkan, sehingga semalam, 191 negara dan 48 pertubuhan antarabangsa sudah mengesahkan penyertaan mereka dalam ekspo itu.

Pada hari yang sama, Thailand mengumumkan rancangan reka bentuk bangunan ruang pamerannya. Ruang pameran yang bertemakan "Warga Thailand: Amalan Gaya Hidup yang Mesra Alam" itu akan dibina dengan gaya seni bina Thailand. Luasnya 3117 meter persegi.

 

Menteri Pembangunan Sosial dan Keamanan Manusia negara itu, Issara Somchai berkata, penyertaan mereka dalam Ekspo Dunia Shanghai kali ini bukan sahaja amat membantu bagi meningkatkan persahabatan dengan China, malah bermanfaat bagi merangsang sektor pelancongan, perindustrian dan pertanian negara itu.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China