Sekatan lalu lintas akan dilaksanakan di Urumqi dari pukul 9.00 malam ini hingga 8.00 pagi esok untuk menyekat berlakunya kekacauan.
Demikian dimaklumkan oleh Setiausaha Parti Komunis China Jawatankuasa Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, Wang Lequan petang tadi menerusi televisyen.
Selepas rusuhan ganas meletus di bandar Urumqi dua hari lalu, kekacauan berlaku lagi di beberapa tempat bandar ini petang tadi. Ribuan penunjuk perasaan bersenjatakan belantan dan pisau berarak menyusuri Jalan Youhao dan Jalan Guangming ke pusat bandar Urumqi.