Cari:
Peristiwa "5 Julai" di Xinjiang Bersifat Politik
2009-07-08 17:15:14 CRI Cetak

Pada malam 5 Julai lalu, rusuhan tercetus di bandar Urumqi, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Sarjana China menyatakan bahawa peristiwa tersebut dirancang dan diorganisasikan oleh Kongres Uygur Dunia (WUC) yang diketuai oleh Rebiya Kadeer dan ia bersifat politik.

Setakat ini, peristiwa tersebut telah mengakibatkan lebih 1,000 orang menjadi mangsa, lebih 200 buah kereta rosak, dan dua buah bangunan terbakar. Pengarah Pusat Pengajian Keselamatan dan Strategi, dari Institut Hubungan Antarabangsa Moden China, Li Wei berpendapat bahawa, walaupun peristiwa tersebut berlaku dalam wilayah China, tetapi ia berkait rapat dengan WUC yang diketuai oleh Rebiya Kadeer.

"Sebabnya kami mengatakan WUC yang berkait rapat dengan peristiwa tersebut ialah kerana kami melihat WUC sentiasa menunggu peluang untuk melakukan kerosakan di dalam negeri China dan menggangu kestabilan serta pembangunan Xinjiang supaya mendapat lebih banyak sokongan di luar wilayah. Kami melihat bahawa, baik pada masa perayaan ulang tahun ke-50 penubuhan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, pada musim Sukan Olimpik Beijing, mahupun pada masa perayaan ulang tahun ke-60 penubuhan Republik Rakyat China, mereka tidak pernah berhenti daripada merancang, menghasut penduduk tempatan melalui internet atau melalui anggota kumpulan mereka. Peristiwa pergaduhan berkumpulan antara pekerja Xinjiang dengan pekerja tempatan yang berlaku di Shaoguan, provinsi Guangdong pada 26 Jun lalu hanya merupakan penyebab sahaja bagi peristiwa yang bersifat politik ini."

Li Wei menyatakan bahawa peristiwa tersebut bukan rusuhan yang biasa. Seperti tindakan kebanyakan kumpulan pemisah dalam masyarakat antarabangsa, ia juga bertujuan untuk membuat kekacauan dan rusuhan demi mencapai tujuan politik mereka.

"Matlamat jangka panjang WUC ialah untuk menubuhkan negara yang dikatakan merdeka melalui aktiviti pemisahan. Sebagaimana telah diketahui umum, hanya beberapa slogan yang diteriakkan oleh sejumlah kecil orang di luar negara sahaja sukar membantu WUC untuk mencapai matlamat tersebut. Pihaknya kadang-kadang menjadikan aktiviti pemisahan sebagai cara hidup. Jika mahu mendapat sokongan kumpulan anti-China di luar wilayah, mereka perlu memenuhi kehendak pihak tersebut agar saling menggunakan. Maka, WUC perlu mengadakan beberapa peristiwa dalam wilayah untuk mendapatkan sokongan, seperti sokongan kewangan."

Selepas serangan ganas "9/11" berlaku di A.S., beberapa buah kumpulan pemisah di Xinjiang telh bergabung dan menubuhkan WUC pada tahun 2004, untuk mengelakkan diri daripada dikaitkan dengan kumpulan keganasan di dunia. Pada hakikatnya, WUC memperdaya masyarakat antarabangsa dengan slogan "demokrasi" dan "hak asasi manusianya". Penyelidik Jabatan Pengajian Sejarah Sempadan, Akademi Sains Sosial China, Xu Jianying berkata,

"Ketika rusuhan tersebut berlaku, kumpulan pemisah mengeluarkan kenyataan menghasut dalam laman sesawang mereka. Ini membuktikan bahawa mereka yang menyokong demokrasi dan hak asasi manusia barat, sebenarnya melakukan kekerasan atau menyokongnya dan menghasut kepada keganasan."

Walaupun peristiwa tersebut mengakibatkan kemalangan jiwa dan kerugian, namun sarjana yang berkenaan menegaskan bahawa peristiwa itu tidak akan menggugat kestabilan dan pembangunan Xinjiang serta keharmonian bangsa China. Jika masyarakat antarabangsa menyedari tujuan sebenar WUC, matlamat mereka sukar dicapai.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China