Orang Cina dan perantau China dari seberang laut menyatakan sokongan terhadap tindakan pantas yang diambil oleh kerajaan China dalam meredakan keadaan tegang di Xinjiang.
Pengerusi Persatuan Seniman Cina di Australia (ACPAA), Yu Junwu berkata, pihaknya mengecam keras rusuhan keganasan yang dicetuskan oleh anasir-anasir pemisah di Urumqi sempena sambutan ulang tahun ke-60 penubuhan Republik Rakyat China.
Persatuan Pedagang Cina Filipina pula menyatakan, hanya dengan bersatu padu, China dapat berkembang dengan makmur.
Selain itu, pelbagai persatuan orang Cina di Kemboja juga menyuarakan sokongan mereka terhadap tindakan China dalam meredakan rusuhan bagi memelihara kestabilan dan perpaduan masyarkat.