Cari:
Ketenteraman Awam di Urumqi Semakin Pulih, Penduduk Tempatan Mengharapkan Kedamaian
2009-07-09 16:26:30 CRI Cetak

Datuk Bandar Urumqi, ibu kota Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, Jerla Isamudin menyatakan dalam sidang akhbar petang semalam bahawa, selepas tercetusnya peristiwa "5 Julai", kerajaan tempatan segera memulakan rancangan kecemasan, dan membaiki kemudahan infrastruktur di bandar yang rosak, sebaik-baik sahaja situasi di sana terkawal. Sekarang, kemudahan bagi keperluan hidup rakyat, termasuk bekalan air, elektrik, gas dan perkhidmatan pengangkutan awam sudah pun pulih. Sebahagian besar syarikat telah memulihkan pengeluaran dan perniagaan mereka. Ketika diwawancara, penduduk tempatan kesemuanya menyatakan bahawa mereka amat berharap kepada kehidupan yang aman sentosa.

Rusuhan yang tercetus di Urumqi pada 5 Julai lalu telah mengakibatkan 156 orang terkorban dan 1080 lagi cedera. Datuk Bandar Urumqi, Jerla Isamudin menyatakan bahawa, selepas berjaya mengawal situasi, kerajaan tempatan mula mengenal pasti identiti korban melalui DNA. Selain daripada itu, badan kewangan berkenaan akan menyediakan pampasan kepada keluarga mangsa yang terkorban dan cedera. Untuk melaksanakannya, dana yang berjumlah 100 juta yuan RMB akan diperlukan. Mereka yang mengalami kerugian besar dalam rusuhan tersebut akan mendapat bantuan daripada kerajaan supaya dengan secepat mungkin dapat memulihkan perusahaan dan perniagaan mereka.

Jerla Isamudin juga menyatakan bahawa kerajaan tempatan telah mengambil tindakan untuk menjamin keselamatan penduduk tempatan.

"Sejak peristiwa itu tercetus, kami telah membekalkan beras, tepung, minyak, sayur serta hasil pertanian kepada penduduk di sini. Bermula kelmarin, kami telah menggalakkan kompleks membeli-belah dan pasar raya supaya dibuka semula untuk memastikan bekalan makanan dan keperluan seharian penduduk pelbagai etnik ini mencukupi. Sekarang, tempat perniagaan termasuk pusat komersial, pasar raya dan stesen minyak sudah beroperasi semula."

Di Pasar Raya Donghuan yang terletak di tepi jalan Jinyin, Urumqi, sisa kebakaran sudah dibersihkan, namun pasar raya sekarang ini agak sunyi. Pegawai penguat kuasa di Daerah Tianshan, Ekber, menyatakan bahawa beliau berusaha memelihara ketenteraman di sini selepas peristiwa itu tercetus.

"Kami mengharapkan kestabilan sosial. Kami merasa sedih kerana berlakunya peristiwa ini. Bermula 5 Julai lalu, saya tidak pernah bercuti, dan terus menerus bertugas selama 24 jam setiap hari."

Rusuhan tersebut mengakibatkan nyawa dan keselamatan harta penduduk tempatan yang tidak berdosa dicabuli. Dalam situasi ini, saudara-mara penduduk tempatan yang pelbagai etnik ini telah memperlihatkan rasa kasih dan sayang yang tidak ternilai kepada keluarga mereka. Mereka berkata bahawa pada saat ini sesiapa sahaja yang baik hari yang bersedia memberikan bantuan.

"Kami berjalan kaki ke kolej latihan guru tadika dari jabatan pasukan polis lalu lintas, dan menemui dua atau tiga orang mangsa yang luka di kepala mereka. Kami membawa mereka pulang ke hospital."

Pakar perubatan dari Pusat Kecemasan Hospital Perubatan Tradisional China Xinjiang, Juret, berkata demikian. Beliau menyatakan bahawa beliau sangat berharap dapat menyelamatkan orang yang tercedera dalam peristiwa tersebut.

"Semua orang membenci rusuhan itu. Sebagai anggota etnik minoriti, saya juga membenci tindakan yang hanya menjejaskan keharmonian masyarakat ini."

Disebabkan lebih seribu orang tercedera dalam peristiwa tersebut, keperluan terhadap darah di hospital tempatan menjadi meningkat. Sekarang, disebabkan Pusat Darah Urumqi sedang mengadakan program untuk mendapat darah daripada penderma darah di pelbagai tempat, dengan ini, ramai yang datang untuk menderma darah mereka kelihatan berbaris beramai-ramai.

Seorang pekerja etnik Uygur dari sebuah kumpulan besi keluli tempatan yang sedang menunggu untuk menderma darah memberitahu wartawan,

"Kami berharap kepada kehidupan yang aman sentosa. Saya menderma darah secara sukarela untuk membantu orang yang tidak berdosa dan cedera."

Sesiapa sahaja yang mempunyai perasaan enggan melihat kehidupan yang aman tenteram terganggu. Penduduk tempatan berharap agar kehidupan yang aman sentosa dapat dikembalikan dan perpaduan serta kestabilan masyarakat dipulihkan."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China