Universiti Malaya dan Majlis Bahasa Mandarin Antarabangsa China menandatangani memorandum perjanjian di Kuala Lumpur petang semalam, bagi menubuhkan Institut Kongzi untuk mengajar bahasa Mandarin.

Naib Menteri Pendidikan China, Hao Ping berkata, Institut Kongzi yang ditubuhkan Universiti Malaya akan memainkan peranan yang positif dalam pengajaran bahasa Mandarin di seluruh Malaysia dan akan meningkatkan persafahaman dan persehabatan antara rakyat kedua-dua negara.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dr Hou Kok Chung berkata, Institut Kongzi ini menyediakan platform yang baru bagi pendudk Malaysia terutamanya kaum bukan Cina untuk mempelajari bahasa Mandarin dan mengetahui tentang China. Perkara ini juga amat berfaedah bagi menggalakkan pertukaran budaya Malaysia dengan China dan mengeratkan hubungan kedua-dua negara.








