Cari:
Pemimpin China Kunjungi Penduduk Xinjiang yang Cedera dalam Rusuhan di Urumqi
2009-07-09 11:55:57 Agensi Berita Xinhua China Cetak

(Meng Jianzhu Ziarahi Orang Cedera yang Menerima Rawatan di Hospital)

Ahli Dewan Negara Meng Jianzhu tiba di Urumqi semalam untuk mengunjungi penduduk yang cedera dan menyampaikan simpati kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam rusuhan yang berlaku di Urumqi Xinjiang pada 5 Julai lalu.

Meng Jianzhu berharap hospital memberikan rawatan yang terbaik kepada penduduk yang cedera. Kerajaan tempatan diharapkan segera memberikan pampasan kepada keluarga mangsa yang terkorban. Bagi keluarga yang mengalami kerugian harta benda yang besar, kerajaan akan memberikan bantuan yang sewajarnya kepada mereka.

(Meng Jianzhu Sampaikan Salam kepada Polis yang Bertugas di Urumqi)

Meng Jianzhu menggesa usaha bersungguh-sungguh bagi mencegah kejadian ganas berulang lagi dan memulihkan ketenteraman masyarakat dengan secepat mungkin.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China