Akhbar Qiaobao Jepun semalam menyiarkan rencana yang mengutuk keras tindakan ganas yang merosakkan perpaduan bangsa. Rencana itu menyebut, memelihara perpaduan bangsa dan membangunkan negara menjadi lebih makmur merupakan tanggungjawab dan kewajipan setiap orang China.
Akhbar Ouzhoushibao (Nouvellesd 'Europe), akhbar bahasa Mandarin yang diterbitkan di Paris dan pengedaran paling banyak di Eropah menyiarkan rencana semalam yang mendedahkan niat pengganas yang mahu memecahbelahkan negara China ekoran rusuhan yang berlaku di Urumqi pada 5 Julai lalu. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kehidupan rakyat China semakin baik dan pertahanan negara semakin meningkat. Pencapaian ini banyak bergantung kepada keharmonian masyarakat dan perpaduan bangsa. Sekarang cubaan dengan apa cara pun untuk merosakkan ketenteraman masyarakat China akan dikecam sesiapa pun.
Menurut laporan, selepas rusuhan ganas berlaku di Urumqi, orang China dan perantau China serta pelajar China di A.S., Australia dan Jepun masing-masing mengutuk penjenayah yang mencetuskan rusuhan itu dan menyatakan sokongan terhadap langkah yang diambil kerajaan China untuk memelihara ketenteraman masyarakat dan perpaduan bangsa.