Cari:
Rusuhan Ganas yang Berlaku di Urumqi Urusan Dalaman China
2009-07-09 18:46:19 CRI Cetak

Rusuhan ganas yang berlaku di Urumqi pada 5 Julai lalu urusan dalaman China yang tidak sepatutnya dibawa kepada Majlis Keselamatan PBB bagi dibincangkan.

Jurucakap Kementerian Luar China, Qin Gang berkata dalam sidang akhbar petang tadi, rusuhan ganas itu dicetuskan secara terancang oleh anasir subresif yang bertujuan merosakkan penyatuan negara dan perpaduan bangsa. China berharap agar masyarakat antarabangsa memahami dan menyokong tindakan kerajaan China untuk memelihara penyatuan negara dan keutuhan wilayah serta memastikan perpaduan bangsa dan ketenteraman masyarakat terjamin.

Qin Gang menyatakan, gerakan pemisah, pelampau dan pengganas merupakan ancaman bagi China dan negara lain di rantau ini. Dalam usaha memerangi ketiga-tiga gerakan tersebut, masyarakat antarabangsa perlu bersama bersuara menentangnya dan meningkatkan kerjasama membendung kegiatan tersebut.

Menurut Qin Gang, setakat ini masih belum ada warga asing dilaporkan maut atau cedera dalam rusuhan tersebut.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China