Cari:
Usaha Memastikan Keamanan Masyarakat Terjamin di Xinjiang
2009-07-10 11:51:04 CRI Cetak
Agensi Berita Xinhua menyiarkan rencana pengarang semalam, menggesa semua pihak berusaha sedaya upaya untuk memastikan keamanan masyarakat terjamin di Xinjiang.

Rencana itu menyebut, tugas yang paling penting dan mendesak bagi Xinjiang adalah untuk memelihara dan mengekalkan keamanan masyarakat. Rusuhan ganas "5 Julai" di Urumqi walaupun sudah diredakan, gerakan pemisah, pelampau dan pengganas tidak akan menghentikan cubaan untuk merosakkan perpaduan bangsa. Rakyat mesti sentiasa berwaspada terhadap tindakan mereka. Rakyat berbilang kaum di Xinjiang diharapkan menghargai perpaduan dan membawanya ke arah kemakmuran bersama.

Akhbar Harian Renminribao yang diterbitkan hari ini menyiarkan rencana pengarang yang menggesa usaha memelihara kestabilan masyarakat. Pengganas akan kena hukuman yang berat. Di samping itu, kerajaan akan memberikan bantuan yang sewajarnya kepada penduduk yang mengalami kerugian harta benda dalam rusuhan tersebut.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China